- Memudahkan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian
- Menjamin masa depan insan tersayang dengan pembahagian yang dihasratkan
- Membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh waris yang ditinggalkan
- Melunaskan impian pewasiat yang menginginkan sesuatu hasrat ke atas hartanya
- Dapat mengelakkan pertelingkahan di antara ahli keluarga
- Mempercepatkan proses penyelesaian harta pusaka untuk dimanfaatkan oleh ahli keluarga dan waris ketika mereka sangat memerlukan
- Menyelesaikan masalah pembahagian harta kepada anak angkat atau anak tiri
- Cara terbaik mengurus harta selepas kematian
- Pelantikan penjaga yang dipercayai melalui wasiat akan dapat menjamin kebajikan anak-anak di bawah umur selepas kematian
- Mendidik jiwa umat Islam agar cintakan amalan kebajikan
Monday, January 30, 2012
Kebaikan menulis Wasiat
Wednesday, January 18, 2012
Apa itu wasiat?
Wasiat ialah dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian. Wasi adalah seorang yang dilantik oleh Pewasiat untuk mentadbir harta pusaka peninggalannya semasa beliau masih hidup.
Syarat-syarat
Wasiat Islam:
- Pembahagian harta pusaka boleh dibuat dengan wasiat kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung daripada harta pusaka melalui Faraid
- Hanya satu pertiga daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan boleh diwariskan. Dua pertiga daripada harta Pewasiat adalah merupakan hak ahli waris menurut Hukum Faraid
- Pewasiat boleh mewariskan hartanya melebihi satu pertiga sekiranya semua ahli waris bersetuju dengan pembahagian tersebut selepas kematian Pewasiat.
Wasiat Bukan Islam
- Pembahagian harta pusaka boleh dibuat melalui wasiat mengikut hasrat dan keinginan Pewasiat kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.
- Tanpa dokumen wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958