Wednesday, January 18, 2012

Apa itu wasiat?

Wasiat ialah dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian. Wasi adalah seorang yang dilantik oleh Pewasiat untuk mentadbir harta pusaka peninggalannya semasa beliau masih hidup.

Syarat-syarat 
Wasiat Islam:
  • Pembahagian harta pusaka boleh dibuat dengan wasiat kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung daripada harta pusaka melalui Faraid
  • Hanya satu pertiga daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan boleh diwariskan. Dua pertiga daripada harta Pewasiat adalah merupakan hak ahli waris menurut Hukum Faraid
  • Pewasiat boleh mewariskan hartanya melebihi satu pertiga sekiranya semua ahli waris bersetuju dengan pembahagian tersebut selepas kematian Pewasiat.
Wasiat Bukan Islam
  • Pembahagian harta pusaka boleh dibuat melalui wasiat mengikut hasrat dan keinginan Pewasiat kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.
  • Tanpa dokumen wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958

Friday, July 8, 2011

Jimatkan tenaga elektrik (4)

Sedikit lagi panduan untuk memilih, membeli dan menggunakan peralatan elektrik:
  1. Jangan letakkan makanan yang masih panas ke dalam peti sejuk. Biarkan makanan itu sejuk sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk.
  2. Keluarkan bekas pembungkus makanan yang tidak diperlukan sebelum memasukkan ke dalam peti sejuk. Ia akan menjimatkan ruang dan tenaga elektrik.
  3. Yang akhir sekali tutup semua peralatan elektrik yang tidak digunakan untuk mengelakkan pembaziran elektrik pada setiap masa.

Saturday, July 2, 2011

Jimatkan tenaga elektrik (3)

Lagi panduan untuk memilih, membeli mahupun menggunakan peralatan elektrik:
  1. Peti sejuk menggunakan 21% daripada jumlah bekalan tenaga elektrik di rumah. Jadi belilah peti sejuk berdasarkan keperluan keluarga anda. Lebih besar peti sejuk yang digunakan, lebih besar jumlah perbelanjaan untuk bil elektrik anda.
  2. Mentol kalimantang adalah empat kali  lebih cerah daripada mentol bulat walaupun menggunakan watt yang sama dan tahan sehingga lapan kali lebih lama. Mentol yang kotor perlu dilap untuk mendapatkan kecerahan yang maksimum.
  3. Bersihkan kipas dan pastikan minyak pelincir mencukupi untuk melanjutkan tempoh kipas itu boleh berfungsi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...