Cuba untuk elakkan memandu kenderaan sendiri terutamanya ke tempat kerja. Amalkan menaiki LRT, komuter atau bas ke tempat kerja. Atau kalau anda rasa leceh, cuba pakat dengan kawan-kawan untuk berkongsi kereta ke tempat kerja. Dengan cara ini anda bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim dengan kawan-kawan malah dapat menjimatkan minyak kereta dan wang anda!
Thursday, March 31, 2011
Friday, March 25, 2011
Kelebihan menggunakan kad debit
- Membolehkan anda membayar barang-barang yang anda beli tanpa perlu menggunakan duit tunai dalam erti kata lain bila anda nak bershopping, bawa je kad sekeping tu pun dah boleh bayar untuk barang yang anda beli.
- Bila anda membayar dengan menggunakan kad debit, duit akan ditolak terus dari dalam akaun anda, maknanya anda tidak perlu risau tentang hutang di hujung bulan. Tapi pastikan ada baki dalam akaun anda, kalau tak, tak boleh buat pembayaran lah jawabnya.
- Membantu anda mengawal perbelanjaan setiap bulan agar tidak melebihi dari apa yang anda telah rancang.
- Mendidik anda supaya lebih berjimat, sebab bila dah banyak sangat guna kad debit, duit dalam akaun mesti berkurangan kan, jadi untuk memastikan sentiasa ada baki dalam akaun, pastikan anda tidak terlalu banyak berbelanja, terutamanya ke arah perbelanjaan yang tidak berfaedah.
Friday, March 18, 2011
Cara untuk mengurangkan hutang kad kredit
- Nak mengelakkan hutang bertambah lebih banyak, gunakan hanya 1 kredit sahaja.
- Pilih kad kredit yang menawarkan kos, caj tahunan dan yuran servis yang paling rendah.
- Pastikan membayar baki kad kredit setiap hujung. Bayar habis dan kalau tak boleh juga, bayar lebih dari jumlah minimum.
- Cajkan penggunaan kad kredit hanya untuk pembelian barangan yang anda mampu bayar kembali, dalam erti kata lain, berbelanja hanya ikut kemampuan anda.
- Jangan lambat bayar baki kad kredit. Ada sesetengah bank, jika anda gagal membayar baki pada hujung bulan tersebut, RM50 akan dicajkan ke atas baki hutang kad kredit anda. Malah jika anda gagal membayar hutang kad kredit anda selama 1-2 bulan, ini akan direkodkan dan dimasukkan ke dalam rekod kredit anda di Bank Negara Malaysia (Lapaoran CCRIS)
- Cara terakhir untuk anda mengelakkan hutang kad kredit anda ialah dengan tidak memakai kad kredit, cuba amalkan memakai kad debit.
Tuesday, March 15, 2011
Jana side income secara online
Salah satu cara untuk menambah pendapatan adalah dengan menjana side income.Disini ada satu video yang telah saya jumpai di internet dan ia terbukti berkesan dan bukan satu penipuan. Saya telah pun mendapat pulangan duit dan duit telah dan sedang masuk dalam akaun saya. Kini saya telah bebas dari masalah kewangan.
Saturday, March 12, 2011
Kelebihan membuat jadual belanjawan
Membuat jadual belanjawan banyak faedahnya antaranya membantu anda membuat persediaan untuk perbelanjaan jangka masa pendek seperti bayaran bil bulanan, dan juga perbelanjaan jangka masa panjang seperti simpanan pendidikan anak-anak, membeli rumah dan menyimpan duit untuk tujuan persaraan. Ini kerana apabila anda mempunyai jadual belanjawan yang terbentang di depan mata anda, anda boleh lihat sendiri aliran keluar dan masuk duit anda, berapa banyak yang anda simpan dan kemana anda laburkan duit anda. Cara ini boleh membantu anda membuat perancangan dengan lebih teliti lagi dimana anda boleh lihat mana perbelanjaan yang tidak perlu ataupun boleh dikurangkan lagi dan mana perbelanjaan yang perlu ditambah lagi seperti membayar hutang kad kredit dengan lebih segera.
Thursday, March 10, 2011
Kesalahan yang biasa dilakukan
Antara kesalahan yang biasa dilakukan dalam pengurusan kewangan yang berhemah ialah:
- Tidak menggunakan jadual belanjawan yang telah disediakan. Dimana anda ada membuat jadual belanjawan tapi ia hanya 'on paper' sahaja. Buat jadual tu supaya nanti bila orang tanya, anda boleh jawab yang anda ada buat jadual. Jadual belanjawan sepatutnya merekodkan aliran duit keluar dan masuk anda. Bila anda tidak menggunakannya, anda tidak akan dapat mengenal pasti arah aliran kewangan anda sama ada ke arah positif atau negatif. Anda juga tidak dapat mengetahui ke mana aliran keluar wang anda, dari mana duit masuk dan berapa jumlah baki duit dalam akaun anda.
- Buat senarai barang tapi tak ikut. Ini merupakan yang paling biasa berlaku. Selalunya sebelum keluar rumah, anda akan membuat senarai barang-barang yang anda ingin beli, tapi bila dah sampai kat kedai, bila anda dah beli semua barang yang sepatutnya anda beli dan anda lihat masih ada baki lagi di dalam tangan anda, anda dengan segera membeli barang yang anda rasa nak beli. Bukankah elok jika duit lebih itu disimpan dan digunakan hanya bila betul-betul perlu sahaja?
Tuesday, March 8, 2011
Jual baju yang telah dipakai
Kepada fashionista di luar sana, saya tahu anda cukup suka ber'shopping'. Kalau boleh anda ingin ber'shopping' setiap hari bukan? Tetapi bila dah masuk pertengahan bulan baru anda perasan yang baki akaun di dalam bank dah hampir kosong. Ni nak buat macam mana ye? Ok, sekarang anda tahu satu keburukan anda ialah anda suka ber'shopping'. Jadikan ia satu kelebihan. Lihat balik almari baju anda yang telah dipenuhi dengan baju-baju yang rasanya cuma baru 2 3 kali dipakai disebabkan terlalu banyak baju. Pilih baju-baju tu. Asingkan baju-baju yang anda memang sayang, dan rasa nak pakai selalu, kemudian pilih pula baju yang rasanya dah lama anda beli tapi baru 2 3 kali pakai dan anda dah tak mahu pakai lagi atau anda dah tak muat pakai lagi. Kemudian buatlah lelongan di internet ataupun jual dengan kawan-kawan yang memang teringin nak memiliki koleksi baju seperti anda tapi tak mampu disebabkan duit yang selalu tak cukup. Tapi pastikan bila anda nak jual berilah potongan diskaun 50% ke 70%, ikut suka anda lagipun baju tu dah dipakai takkan nak jual dengan harga anda beli dulu kan. Duit yang anda dapat hasil jualan tu bolehlah anda gunakan untuk 'survive' sehingga ke hujung bulan sementara menanti gaji masuk.
Sunday, March 6, 2011
Gunakan 1 kad kredit sahaja
Pada masa kini, kemudahan kad kredit banyak memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian terutamanya ketika berbelanja. Jika anda menggunakan lebih dari satu kad kredit, ia akan menyebabkan anda mengalami lebih banyak masalah hutang yang bertimbun. Silap haribulan kad kredit ini boleh membuatkan anda menjadi bankrup. Ini kerana kadar faedah(interest) untuk setiap kad kredit adalah berlainan dan ia akan sentiasa naik. Apa yang saya lihat apabila hujung bulan, kebanyakan orang hanya membayar jumlah minimum dan ini mungkin hanya bunga sahaja dan anda masih belum membayar jumlah sebenar hutang anda. Semakin lama anda tangguhkan pembayaran keseluruhan hutang anda, semakin naiklah faedah setiap kad kredit itu. Oleh itu pakailah hanya satu kad kredit sahaja dan langsaikan hutang anda secepat yang mungkin, jadikan kad kredit satu kemudahan dan bukan satu bebanan.
Thursday, March 3, 2011
Berhenti merokok
Mungkin sesetengah orang tertanya-tanya apa kaitan berhenti merokok dengan pengurusan kewangan yang baik. Memang ada kaitannya. Ok, anda bayangkan rokok yang anda beli tu sekotak harganya RM5, tu baru sekotak rokok kalau anda hisap satu hari 2 kotak? Kalau sebulan? Anda kiralah sendiri. Bukankah duit itu lebih baik disimpan atau dilaburkan ke arah yang lebih berfaedah. Tiada faedahnya merokok ni sebenarnya, memang boleh tolong 'release tension', tapi nanti bila dah sakit, tengok ajelah tension tu datang balik. Merokok banyak mengundang penyakit dari mencegahnya. Jadi pada sesiapa yang merokok tu, bawalah cuba berhenti. Memang susah pada mulanya, tapi kalau kita ada keazaman yang tinggi, insyaallah boleh.
Tuesday, March 1, 2011
Sediakan sampul surat
Salah satu cara yang turut sesuai digunakan untuk menguruskan kewangan ialah dengan menyediakan sampul surat. Sampul surat? Bagaimana? Sediakan beberapa keping sampul surat yang kosong lagi bagus yang berwarna putih. Kemudian di atas setiap keping sampul surat tu tuliskan contohnya duit barang dapur, duit tuisyen, duit belanja harian, duit untuk berhibur dan sebagainya. Kemudian masukkan duit yang secukupnya untuk sebulan, contohnya belanja dapur RM300, masukkan RM300 ke dalam sampul surat tu. Lepas itu bila anda hendak berbelanja barang dapur, gunakan duit di dalam sampul surat tu. Pastikan sampul surat hanya kosong apabila hujung bulan kalau ada isi selepas hujung bulan pun bagus juga. Jangan baru tengah bulan sampul surat ini dah kosong, ok. Ini bermakna anda telah berbelanja lebih dari apa yang anda 'budget'. Jadi fikir-fikirlah sendiri.