Ramai antara kita amat gemar membeli barang keperluan mahupun barang yang tidak perlu secara ansuran. Bermodalkan 'wang muka' (wang pendahuluan) yang kecil kita mampu memiliki barangan seperti kereta, motor, rumah dan sebagainya dan ini memang sesuatu yang lazim dikalangan kita. Namun ada sesetengah barangan yang sebenarnya tidak perlu dibeli dengan cara bayaran ansuran dan ini sangat-sangat merugikan. Ada segelintir dari kita yang 'gelap mata' sekejap apabila melihat bayaran bulanannya yang rendah dan percaya mampu membayarnya setiap bulan sehingga habis sedangkan duit yang ada boleh digunakan untuk kegunaan lain. Namun bayaran ansuran ni ada kebaikannya baik kepada penjual mahupun pembeli.
Kebaikan kepada penjual:
1. Penjual mendapat keuntungan kerana harga barang yang dibayar secara ansuran adalah lebih tinggi.
2. Penjual dapat mengenakan faedah yang tinggi ke atas bayaran ansuran yang terlewat.
3. Penjual berhak menarik balik barangan sekiranya pembeli gagal membayar ansuran bulanan.
4. Penjual dapat meningkatkan jualan kerana bayaran ansuran mampu menjadikan ramai pengguna membeli lebih banyak barangan.
Kebaikan kepada pembeli:
1. Pembeli boleh melatih diri berjimat cermat kerana mereka terpaksa membayar secara ansuran.
2. Pembeli dapat menikmati taraf hidup yang lebih baik kerana faedah yang didapati daripada penggunaan sesuatu barang itu.
3. Pembeli yang berpendapatan rendah boleh menikmati barang-barang yang lebih mahal.
4. Sekiranya barang yang dibeli itu rosak pembeli boleh menunda pembayaran sehingga ia dibaiki.
6 comments:
info yang menarik.
jom terjah blog saya
http://infoserius.com
tq..dah terjah dah blog awak.. :)
Tq berguna sgt
Tq berguna sgt
Sangat berguna. Thank you🙂💙
Tenkiuuuu😁
Post a Comment