- Jangan bertukar kerja. Syarikat yang menghadapi masalah kewangan semasa kegawatan akan mengurangkan bilangan kakitangannya dan selalunya yang mula-mula akan diberhentikan kerja ialah kakitangan yang baru.
- Pelajari kemahiran dan pengetahuan baru. Kita perlu berusaha untuk mempelajari sesuatu ilmu atau kemahiran yang baru agar kita tidak mudah tertipu dan dapat membuat pilihan yang tepat dan bijak. Contohnya seperti mengetahui kaedah membuat perbandingan harga ketika membeli belah, membeli barang secara tunai berbanding kad kredit, tidak membawa anak-anak bersama ketika membeli belah, menggunakan pengangkutan awam dengan lebih kerap, membuat senarai barang dan memastikan ianya diikuti dan tidak menyeleweng darinya ketika berbelanja.
Saturday, May 21, 2011
Langkah untuk menghadapi kegawatan ekonomi (3)
Thursday, May 19, 2011
Langkah untuk menghadapi kegawatan ekonomi (2)
- Simpan sebahagian daripada gaji bulanan anda untuk tujuan kecemasan. Buat semakan di beberapa buah bank yang dapat memberikan kadar faedah yang lebih tinggi atau perbankan Islam yang menawarkan keuntungan mudharabah yang tinggi.
- Kurangkan bayaran pinjaman perumahan. Biasanya apabila kegawatan ekonomi berlaku, kadar faedah bank akan dikurangkan jadi gunakan kesempatan ini untuk mengurangkan bayaran pinjaman perumahan atau kenderaan.
- Panjangkan tempoh pembayaran bulanan. Namun jangan sesekali menghentikan pembayaran bulanan anda kerana ini akan menyebabkan tunggakan dan seterusnya kadar faedah juga akan dikenakan.
Saturday, May 14, 2011
Langkah untuk menghadapi kegawatan ekonomi
Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu pada masa kini, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Untuk mereka yang bekerja, kegawatan ekonomi banyak memberikan kesan kepada mereka seperti hilang pekerjaan, gaji dipotong, pengurangan elaun dan sebagainya. Disini ingin dikongsikan beberapa langkah dalam menghadapi kegawatan ekonomi agar dapat mengurangkan kesannya terutama dari segi kewangan.
- Kurangkan hutang. Bayar sekaligus hutang kad kredit atau mengurangkan bayaran pinjaman. Pastikan anda membayar pada kadar faedah yang paling rendah untuk pinjaman sedia ada.
- Kurangkan perbelanjaan. Jadikannya sebagai satu keutamaan. Pertimbangkan rancangan percutian anda keluar negara atau pembelian televisyen skrin rata yang mungkin boleh ditangguhkan pada tahun akan datang. Lakukan sedikit pengorbanan untuk tahun ini dan hidup dengan perbelanjaan yang telah anda rancangkan.
- Kurangkan bil. Pastikan anda menggunakan secermat yang mungkin elektrik, telefon dan air. Ini dapat membantu mengurangkan bayaran bil bagi kegunaan utiliti ini.
Monday, May 9, 2011
Ciri-ciri kedudukan kewangan yang sihat (2)
- Kebolehan untuk hidup tanpa bergantung kepada hutang pengguna. Hampir semua rakyat Malaysia mempunyai hutang pengguna dimana kebanyakkan pengguna mempunyai kad kredit (bukan sahaja ada satu kad malah ada yang lebih beberapa kad) dan sesetengah pula menanggung hutang yang tertunggak dari satu bulan ke satu bulan yang lain. Untuk pengetahuan anda kereta yang dibeli melalui sewa beli juga adalah sejenis hutang. Hutang pengguna boleh didefinisikan sebagai proses meminjam wang untuk sesuatu yang nilainya akan berkurangan selepas membelinya. Contohnya golongan muda yang baru bekerja akan menggunakan kemudahan hutang pengguna untuk membeli peralatan rumah yang baru atau kereta. Terdapat juga golongan pekerja yang bergantung kepada hutang untuk menyara hidup sehingga akhir bulan kerana masalah kewangan.
- Keupayaan untuk memberi pelajaran yang dapat menjamin masa depan anak-anak. Anak-anak memerlukan persediaan untuk mendapat pekerjaan yang dapat menjamin masa depan mereka. Ini bermakna anda perlu melabur dengan memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak anda agar ia dapat memberi pulangan yang baik pada masa hadapan. Graduan lulusan universiti boleh menjana pendapatan lebih daripada dua kali ganda pendapatan seumur hidup seorang lepasan SPM dan empat kali ganda pendapatan seumur hidup bagi mereka yang berhenti sekolah tanpa mempunyai sebarang kelulusan. Sebaik-baiknya anda telah menyediakan dana apabila diperlukan kelak. Anda patut memilih jalan yang boleh membawa kepada kehidupan yang lebih baik.
Thursday, May 5, 2011
Ciri-ciri kedudukan kewangan yang sihat
Bagaimana caranya untuk anda mengetahui sama ada anda mempunyai kewangan yang sihat? Berikut merupakan panduan yang boleh anda gunakan untuk mengetahui ciri-ciri kewangan yang sihat:-
- Keupayaan memilikki rumah bebas hutang sebelum bersara. Pada hari ini dengan membayar 10% sebagai wang pendahuluan anda sudah boleh memiliki rumah idaman anda. Bayaran ansuran bulanan sepatutnya sudah habis dibayar sebelum bersara. Namun kini ada sesetengah institusi kewangan memanjangkan tempoh pembayaran sehingga sehingga anda berumur 75 tahun. Kemudahan ini membantu dalam mengurangkan bayaran ansuran bulanan namun ini mungkin bermakna anda tidak boleh bersara sehinggalah anda berumur 75 tahun!
- Keupayaan untuk menikmati persaraan yang terjamin dan dihormati. Kajian menunjukkan kurang daripada 5% individu mempunyai kebebasan kewangan semasa bersara. Sebahagian besarnya akan mengalami keadaan kewangan yang mengecewakan. Oleh itu amalkanlah menabung duit sebanyak yang boleh ketika anda masih menjana pendapatan bak kata pepatah 'bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian'.
Tuesday, May 3, 2011
Langkah bijak membeli telefon bimbit terpakai
Telefon bimbit pada zaman sekarang ni merupakan satu kemestian dan rasanya memang payah nak dicari orang yang takde telefon bimbit ni. Ada juga sesetengah orang yang ingin memakai telefon bimbit yang canggih manggih tetapi tak berkeupayaan untuk membelinya dek kerana harganya yang mahal dan anda merasakan duit yang lebih tu lebih baik disimpan untuk kegunaan di masa hadapan. Jadi kepada sesiapa yang memasang niat untuk membeli telefon bimbit terpakai boleh le menggunakan tips-tips ini:
- Periksa nombor siri yang ada pada handphone.
- Pastikan pembelian lengkap dengan surat-surat pembelian untuk memastikan anda tidak tertipu dan tidak terbeli barangan curi.
- Pastikan fungsi speakernya juga masih berfungsi
- Cuba buat panggilan untuk memastikan sama ada baterinya masih dalam keadaan baik atau tidak.
- Charge telefon tersebut dan jika baterinya cepat penuh ia bermakna telefon tersebut telah rosak.
- Periksa bateri sama ada palsu atau asli.
- Periksa keadaan keypad, on-off menu seperti sms, voice call, ringtone kamera, radio dan yang sewaktu dengannya.
- Jika terdapat kerosakan atau kekurangan pada telefon itu anda masih boleh membuat tawaran untuk mengurangkan harga.
Sunday, May 1, 2011
Petua poket sentiasa berisi
- Jangan berbelanja tanpa membawa senarai barang yang hendak dibeli.
- Kurangkan aktiviti 'windows shopping'
- Kad kredit tinggalkan dirumah dan bawa wang secukupnya ketika berbelanja.
- Tahan diri dari godaan SALE
- Fikirkan adakah barang yang anda hendak beli benar-benar diperlukan atau tidak.
- Cubalah ber'diet' kewangan setiap bulan.
- Jadikan satu hari dalam sebulan hari tidak berbelanja, luangkan masa anda di rumah.