Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu pada masa kini, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Untuk mereka yang bekerja, kegawatan ekonomi banyak memberikan kesan kepada mereka seperti hilang pekerjaan, gaji dipotong, pengurangan elaun dan sebagainya. Disini ingin dikongsikan beberapa langkah dalam menghadapi kegawatan ekonomi agar dapat mengurangkan kesannya terutama dari segi kewangan.
- Kurangkan hutang. Bayar sekaligus hutang kad kredit atau mengurangkan bayaran pinjaman. Pastikan anda membayar pada kadar faedah yang paling rendah untuk pinjaman sedia ada.
- Kurangkan perbelanjaan. Jadikannya sebagai satu keutamaan. Pertimbangkan rancangan percutian anda keluar negara atau pembelian televisyen skrin rata yang mungkin boleh ditangguhkan pada tahun akan datang. Lakukan sedikit pengorbanan untuk tahun ini dan hidup dengan perbelanjaan yang telah anda rancangkan.
- Kurangkan bil. Pastikan anda menggunakan secermat yang mungkin elektrik, telefon dan air. Ini dapat membantu mengurangkan bayaran bil bagi kegunaan utiliti ini.
No comments:
Post a Comment