- Pilih penghawa dingin dengan kuasa yang bersesuaian dengan saiz bilik. Penghawa dingin biasa akan menggunakan 25%-35% daripada tenaga elektrik. Elakkan daripada meletakkan pemampat penghawa dingin di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari.
- Uruskan masa dengan bijak apabila menggunakan seterika. Seterika adalah alat yang paling banyak menggunakan tenaga elektrik. Amalkan menggosok baju untuk seminggu sekaligus agar penggunaan seterika dapat dikurangkan.
- Pilih mentol yang bersesuaian (pada tempat yang ingin diterangkan). Jika boleh letakkan lampu disudut bilik. Ini akan lebih berkesan kerana lampu tersebut akan bertindak balas di kedua-dua sudut dinding.
Thursday, June 30, 2011
Jimatkan tenaga elektrik (2)
Panduan untuk memilih, membeli mahupun menggunakan peralatan elektrik:
Saturday, June 25, 2011
Jimatkan tenaga elektrik
Peralatan elektrik di rumah merupakan salah satu daripada penyumbang utama kepada pembaziran tenaga yang turut mempercepatkan pemanasan global. Keperihatinan kita ketika memilih, membeli atau menggunakan alat elektrik ini dapat menjimatkan tenaga dan wang serta memberi faedah yang besar kepada alam sekitar kita.
Cuba panduan ini semasa membeli mahupun memilih ataupun menggunakan peralatan elektrik rumah anda:
1. Bersihkan dan periksa penapis alat hawa dingin rumah anda sekurang-kurangnya sebulan sekali. Talian kipas dan keseluruhan penghawa dingin harus diperiksa untuk memperbetulkan sebarang kerosakan mahupun sekadar untuk tujuan penyelenggaraan. Dengan cara ini, prestasi penghawa dingin anda dapat ditingkatkan. Namun begitu serahkan tugas ini kepada juruteknik yang pakar dalam melakukan perkara-perkara ini.
2. Kurangkan penggunaan penghawa dingin dengan menanam banyak pokok yang dapat memberikan teduh dan buka tingkap untuk membolehkan aliran udara keluar masuk.
Thursday, June 23, 2011
Menyimpan rekod perbelanjaan anda (2)
Terdapat banyak cara untuk merekodkan perbelanjaan anda. Anda boleh gunakan sama ada buku nota kecil, perisian komputer seperti Excel dan telefon bimbit. Yang penting sekali anda mesti konsisten dalam merekodkan segala perbelanjaan anda. Cuba sedaya upaya pada setiap hari untuk memastikan anda merekodkan perbelanjaan anda pada hari itu dan kaji perbelanjaan pada hari tersebut.
Seterusnya perkara yang paling penting ialah pada hujung bulan anda harus menganalisis rekod perbelanjaan anda itu. Lihat sama ada anda telah berbelanja mengikut jadual belanjawan yang telah anda tetapkan, lihat juga dimana anda telah berbelanja lebih, dan jika ya, anda telah berbelanja lebih apa yang perlu anda lakukan untuk mengawal perbelanjaan tersebut pada masa akan datang.
Dengan membuat penyesuaian dalam perbelanjaan anda, anda dapat mendisiplinkan diri untuk mengikut belanjawan dan mencapai matlamat kewangan anda. Mungkin ia bukan sesuatu yang mudah namun manfaat daripada usaha ini jauh akan dapat membantu anda mengatasi sebarang kesusahan yang anda hadapi dalam mengawal perbelanjaan anda.
Friday, June 17, 2011
Menyimpan rekod perbelanjaan anda
Dalam menyimpan rekod perbelanjaan anda, anda seharusnya mengkategorikan perbelanjaan anda. Anda boleh kategorikannya kepada 2 iaitu kategori perbelanjaan boleh ubah dan perbelanjaan tetap. Selepas itu kategorikan kepada mesti dan tidak mesti. Contohnya:
- Perbelanjaan tetap dan mesti - sewa rumah, bayaran ansuran kereta, wang bulanan ibu bapa.
- Tetap tetapi tidak mesti - yuran kelab golf.
- Boleh ubah tetapi mesti - makan, minum bil-bil dan petrol kereta.
- Boleh ubah dan tidak mesti - makan di tempat-tempat eksklusif bersama rakan dan hiburan.
- Jumlah yang dibayar
- Barangan yang dibeli
- Tarikh pembelian
Lebih elok jika anda dapat simpan resit pembelian setiap barangan agar anda boleh membuat perancangan untuk perbelanjaan anda yang akan datang.
Thursday, June 9, 2011
Langkah-langkah ke arah perancangan kewangan (2)
- Membuat satu perancangan kewangan - seterusnya anda perlu membuat satu perancangan kewangan yang sesuai untuk keadaan kewangan dan matlamat kewangan anda. Perancangan tersebut hendaklah; mengikut kemampuan pendapatan bulanan anda, tidak mengganggu wang simpanan anda dan menyimpan untuk tabungan kecemasan.
- Melaksanakan perancangan kewangan anda - anda perlu mengikut budget yang telah anda sendiri tetapkan untuk mencapai matlamat kewangan anda. Bila anda menangguhkan untuk mengikut budget yang anda sendiri telah tetapkan, ini bermakna anda sendiri akan melambatkan proses untuk mencapai matlamat kewangan anda.
- Memantau dan menilai perancangan kewangan anda - mengamalkan satu perancangan kewangan yang baik dengan sentiasa menyemak keadaan kewangan dan nilai bersih harta anda. Anda mungkin perlu mengubah perancangan anda dengan perubahan dalam hidup anda atau perubahan semasa.
Monday, June 6, 2011
Langkah-langkah ke arah perancangan kewangan
Untuk memudahkan anda merancang kewangan anda, disini terdapat 5 langkah yang boleh digunakan, iaitu:
- Memahami keadaan kewangan semasa anda - anda perlu untuk memahami keadaan kewangan anda dengan mengambil kira semua aset dan tanggungan yang anda miliki. Aset bermaksud apa yang anda miliki seperti wang tunai dan wang simpanan manakala tanggungan ialah apa yang anda berhutang sama ada jenis hutang kad kredit ataupun pinjaman. Dengan mengambil kira semua aset dan tanggungan yang anda miliki dapat membolehkan anda untuk melihat sama ada anda berhutang atau tidak.
- Menetapkan satu matlamat kewangan anda - di pelbagai peringkat dalam kehidupan anda, terdapat pelbagai keutamaan, tanggungjawab dan tujuan kewangan yang berlainan. Setiap peringkat kehidupan anda mempunyai peluang melabur dan cabaran yang berbeza. Semasa peringkat kehidupan anda berubah, begitu juga dengan keperluan dan tujuan anda. Perancangan kewangan membolehkan anda bersedia untuk mencapai kejayaan dalam matlamat tersebut.
Friday, June 3, 2011
Ciri-ciri kedudukan kewangan yang sihat (3)
- Keupayaan untuk hidup sepenuhnya termasuk rekreasi, aktiviti keluarga dan percutian. Kehidupan akan terus berlalu sama ada anda ada mempunyai perancangan ataupun tidak. Ini bermakna anda perlu sentiasa beringat dalam menjalani kehidupan anda pada masa sekarang dan beringat-ingat untuk masa akan datang. Individu yang mempunyai kedudukan kewangan yang sihat dapat mengimbangi kewangannya pada masa kini dan seterusnya pada masa akan datang. Ada pendapat mengatakan yang setiap keluarga harus pergi bercuti setiap tahun sedangkan ini sepatutnya bergantung kepada kedudukan kewangan mereka sama ada sihat atau tidak.
- Keupayaan untuk membuat bayaran tunai untuk barangan runcit. Setiap hari anda mengeluarkan wang untuk perbelanjaan seharian anda. Ini bermaksud penting untuk anda mempunyai kedudukan kewangan yang sihat agar anda boleh membayar secara tunai barangan yang anda beli. Anda mungkin membayar barangan runcit dan barangan keperluan anda dengan kad kredit, jadi pastikan anda membayar penuh pada setiap bulan. Jika tidak kadar faedah yang bakal dikenakan ke atas tunggakan baki kad kredit anda akan meningkat dan seterusnya meningkatkan jumlah perbelanjaan anda.
- Keupayaan untuk bertahan ketika menghadapi kecemasan. Kebanyakan kegawatan kewangan bersifat sementara. Keluarga yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh sepatutnya mempunyai persediaan sekurang-kurangnya enam bulan perbelanjaan mereka daripada 'dana kecemasan'. Dibuang kerja, hilang pekerjaan atau diturunkan pangkat adalah sesuatu yang diluar jangkaan namun ia tidak sepatutnya boleh mengugat kehidupan anda.