Simpan duit syiling baki daripada pelbagai bayaran anda untuk hari itu seperti membayar duit tol, baki dari membeli barangan runcit, dan kemudian kumpulkan baki duit itu sehingga cukup sebulan dan lihat hasilnnya. Cuba anda bayangkan, dalam sehari anda dapat mengumpul sebanyak RM1.50, sebulan anda akan dapat RM45, bayangkan bila anda mengumpulnya selama setahun. Anda pasti akan terkejut dengan jumlah yang terkumpul. Dengan jumlah itu anda mampu memiliki barang idaman anda tanpa perlu berhutang dan tanpa perlu mengusik sedikit pun gaji anda.
No comments:
Post a Comment