Kumpul "point" dari setiap "shopping card" yang anda ada, juga membolehkan anda menguruskan kewangan dengan lebih baik. Bagaimana? Contohnya kepada sesiapa yang memiliki J-Card, saya pasti anda akan menggunakannya setiap kali pergi membeli belah di Jusco. Banyak kelebihan apabila anda membeli belah menggunakan J-Card ini. Dengan membeli menggunakan J-Card ini anda boleh mengumpul "point" yang mana "point" ini boleh anda tukar ke bentuk "voucher". "Voucher" ini mempunyai fungsi yang sama dengan duit, dimana anda boleh membayar semua barangan yang anda beli di Jusco dengan menggunakan "voucher" ini. Cara ini dapat membantu anda menyimpan lebih banyak duit dan seterusnya boleh digunakan sekiranya ada kecemasan.
No comments:
Post a Comment