- Pengangkutan - bila nak pergi melancong pastikan anda tahu jenis-jenis pengangkutan yang disediakan supaya mudah untuk anda bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang anda ingin lawati. Pilih pengangkutan yang paling murah dan ekonomi serta pemandu pelancong yang tahu tentang selok belok tempat yang anda ingin lawati agar anda tidak mudah sesat atau ditipu.
- Peta - sebaik sahaja anda mengetahui tempat yang anda bakal lawati pastikan anda membeli peta tempat tersebut. Ini akan memudahkan anda dari segi mengetahui tempat-tempat yang menarik untuk dilawati, jenis pengangkutan yang disediakan supaya anda boleh membuat perancangan sebaik mungkin.
- Sarapan percuma - manfaatkan sarapan percuma yang disediakan oleh pihak hotel dan makan sehingga kenyang. Ini juga salah satu cara yang boleh membantu anda mengurangkan perbelanjaan ketika melancong.
- Kad kredit - kad kredit amat penting terutamanya apabila anda bercuti keluar negara. Membawa wang tunai dengan banyak boleh mendedahkan anda kepada kecurian. Jadi dengan menggunakan kad kredit anda tidak perlu risau akan risiko duit dicuri. Namun demikian pastikan anda menggunakan kad kredit dengan bijak dan berhemah serta tidak melebihi 'budget' yang telah anda tetapkan.
Tuesday, April 26, 2011
Berjimat ketika melancong (2)
Sunday, April 24, 2011
Berjimat ketika melancong
Aktiviti melancong bersama keluarga merupakan salah satu aktiviti yang sering ditunggu-tunggu terutamanya anak-anak. Bagi yang bekerja ia merupakan satu aktiviti untuk merehatkan minda dan bebas seketika dari belenggu kerja. Namun begitu untuk pergi melancong anda patut melakukan pelbagai perancangan terutamanya dari segi belanjawan agar aktiviti pelancongan anda berjalan lancar dan seterusnya dapat mengelakkan pembaziran. Berikut merupakan beberapa tip yang boleh diamalkan jika anda merancang untuk pergi melancong, tidak kiralah melancong dalam negara mahupun luar negara.
- Menabung - yang ni memang penting sebab bila anda menabung anda dapat membuat persiapan yang secukupnya terutama dari segi kewangan untuk aktiviti pelancongan anda. Disiplinkan diri anda dan terus fokus pada perancangan pelancongan anda
- Perancangan Percutian - bila nak pergi bercuti pastikan perancangan anda rapi dan teratur. Tentukan negara atau tempat yang anda ingin pergi, kos tempat penginapan yang bakal anda duduki, tempat-tempat menarik yang ingin dilawati, pengangkutan yang akan digunakan, tambang pengangkutan tersebut agar anda dapat menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan.
- Pakej Promosi - dah sudah pilih negara yang anda ingin pergi, lihat pula pakej promosi yang disediakan. Sekarang ni memang dah banyak promosi pelancongan disediakan. Apa yang anda perlu buat ialah hubungi ejen pelancongan dan cari pakej promosi yang sesuai dengan anda dan budget anda.
- Tempahan awal - ini juga merupakan satu cara untuk anda berjimat bila nak pergi melancong kerana selalunya bila anda tempah tiket penerbangan awal anda akan diberikan diskaun atau harga yang lebih rendah berbanding bila anda tempah di saat akhir. Harganya akan jadi lebih mahal dan ini akan merugikan anda. Tempahan awal juga dapat membantu anda mengelakkan sebarang masalah semasa percutian anda.
Tuesday, April 19, 2011
Menjimatkan penggunaan elektrik
Penggunaan elektrik yang terlalu banyak boleh menyebabkan bil elektrik anda melambung setiap bulan dan ini tentunya bakal menjejaskan jadual perbelanjaan bulanan yang telah anda sediakan. Bila bil elektrik dah melambung waktu tulah baru kita nak berusaha untuk menjimatkan penggunaan elektrik. Jadi disini ingin saya kongsikan sedikit tips untuk menjimatkan elektrik.
- Pastikan lampu-lampu bilik yang tiada penghuninya dipadamkan.
- Bila anda buka lampu bilik dan kemudiannya keluar untuk seketika dan bercadang untuk masuk balik ke dalam bilik tersebut, lampunya tidak perlu dimatikan. Ini kerana penggunaan elektrik yang diperlukan untuk menghidupkan kembali lampu itu adalah lebih tinggi berbanding membiarkan lampu itu terbuka.
- Tutup televisyen bila tidak ditengok. Kalau takut 'televisyen' tengok anda, cuba amalkan untuk set timer yang ada di remote control tv tu. Jadi in case anda tertidur, tv tu akan mati mengikut waktu yang telah anda tetapkan di set timer remote control.
- Kurangkan membuka peti sejuk, terutamanya ketika memasak. Bila nak memasak pastikan anda keluarkan terlebih dahulu bahan-bahan untuk dimasak supaya dapat menghindarkan dari peti sejuk terlalu banyak di tutup dan dibuka.
- Rancang masa untuk menggosok baju. Seterika merupakan salah satu alat yang paling 'kuat' makan elektrik. Jadi bila nak menggosok baju, tentukan harinya dan kumpulkan baju-baju yang anda hendak gosok dan gosok sekaligus semua baju-baju tu agar anda dapat menjimatkan penggunaan elektrik.



