Thursday, February 16, 2012

Bayaran Ansuran - Kebaikan dan keburukan (2)

Keburukan kepada penjual

  1. Memerlukan modal yang besar untuk membiayai sewa beli.
  2. Proses undang-undang untuk menarik balik barang memakan belanja.
  3. Barangan yang ditarik balik biasanya rosak atau berada dalam keadaan yang teruk dan ini bakal merugikan penjual.
  4. Penjual terpaksa mengajikan lebih pekerja untuk  menyimpan rekod dan ini seterusnya meningkatkan kos overhed.
Keburukan kepada pembeli
  1. Menyemaikan sikap suka berhutang dikalangan pembeli.
  2. Pembeli mungkin akan boros berbelanja kerana boleh membeli barangan secara ansuran.
  3. Terpaksa membayar harga yang tinggi berbanding harga tunai barangan tersebut.
  4. Sekiranya pembeli gagal menjelaskan ansuran bulanan barangan akan ditarik balik.

Tuesday, February 7, 2012

Bayaran Ansuran - Kebaikan dan keburukan

Ramai antara kita amat gemar membeli barang keperluan mahupun barang yang tidak perlu secara ansuran. Bermodalkan 'wang muka' (wang pendahuluan) yang kecil kita mampu memiliki barangan seperti kereta, motor, rumah dan sebagainya dan ini memang sesuatu yang lazim dikalangan kita. Namun ada sesetengah barangan yang  sebenarnya tidak perlu dibeli dengan cara bayaran ansuran dan ini sangat-sangat merugikan. Ada segelintir dari kita yang 'gelap mata' sekejap apabila melihat bayaran bulanannya yang rendah dan percaya mampu membayarnya setiap bulan sehingga habis sedangkan duit yang ada boleh digunakan untuk kegunaan lain. Namun bayaran ansuran ni ada kebaikannya baik kepada penjual mahupun pembeli.

Kebaikan kepada penjual:
1. Penjual mendapat keuntungan kerana harga barang yang dibayar secara ansuran adalah lebih tinggi.
2. Penjual dapat mengenakan faedah yang tinggi ke atas bayaran ansuran yang terlewat.
3. Penjual berhak menarik balik barangan sekiranya pembeli gagal membayar ansuran bulanan.
4. Penjual dapat meningkatkan jualan kerana bayaran ansuran mampu menjadikan ramai pengguna membeli lebih banyak barangan.

Kebaikan kepada pembeli:
1. Pembeli boleh melatih diri berjimat cermat kerana mereka terpaksa membayar secara ansuran.
2. Pembeli dapat menikmati taraf hidup yang lebih baik kerana faedah yang didapati daripada penggunaan sesuatu barang itu.
3. Pembeli yang berpendapatan rendah boleh menikmati barang-barang yang lebih mahal.
4. Sekiranya barang yang dibeli itu rosak pembeli boleh menunda pembayaran sehingga ia dibaiki.

Monday, January 30, 2012

Kebaikan menulis Wasiat

  • Memudahkan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian
  • Menjamin masa depan insan tersayang dengan pembahagian yang dihasratkan
  • Membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh waris yang ditinggalkan
  • Melunaskan impian pewasiat yang menginginkan sesuatu hasrat ke atas hartanya
  • Dapat mengelakkan pertelingkahan di antara ahli keluarga
  • Mempercepatkan proses penyelesaian harta pusaka untuk dimanfaatkan oleh ahli keluarga dan waris ketika mereka sangat memerlukan
  • Menyelesaikan masalah pembahagian harta kepada anak angkat atau anak tiri
  • Cara terbaik mengurus harta selepas kematian
  • Pelantikan penjaga yang dipercayai melalui wasiat akan dapat menjamin kebajikan anak-anak di bawah umur selepas kematian
  • Mendidik jiwa umat Islam agar cintakan amalan kebajikan

Wednesday, January 18, 2012

Apa itu wasiat?

Wasiat ialah dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian. Wasi adalah seorang yang dilantik oleh Pewasiat untuk mentadbir harta pusaka peninggalannya semasa beliau masih hidup.

Syarat-syarat 
Wasiat Islam:
  • Pembahagian harta pusaka boleh dibuat dengan wasiat kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung daripada harta pusaka melalui Faraid
  • Hanya satu pertiga daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan boleh diwariskan. Dua pertiga daripada harta Pewasiat adalah merupakan hak ahli waris menurut Hukum Faraid
  • Pewasiat boleh mewariskan hartanya melebihi satu pertiga sekiranya semua ahli waris bersetuju dengan pembahagian tersebut selepas kematian Pewasiat.
Wasiat Bukan Islam
  • Pembahagian harta pusaka boleh dibuat melalui wasiat mengikut hasrat dan keinginan Pewasiat kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.
  • Tanpa dokumen wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958

Friday, July 8, 2011

Jimatkan tenaga elektrik (4)

Sedikit lagi panduan untuk memilih, membeli dan menggunakan peralatan elektrik:
  1. Jangan letakkan makanan yang masih panas ke dalam peti sejuk. Biarkan makanan itu sejuk sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk.
  2. Keluarkan bekas pembungkus makanan yang tidak diperlukan sebelum memasukkan ke dalam peti sejuk. Ia akan menjimatkan ruang dan tenaga elektrik.
  3. Yang akhir sekali tutup semua peralatan elektrik yang tidak digunakan untuk mengelakkan pembaziran elektrik pada setiap masa.

Saturday, July 2, 2011

Jimatkan tenaga elektrik (3)

Lagi panduan untuk memilih, membeli mahupun menggunakan peralatan elektrik:
  1. Peti sejuk menggunakan 21% daripada jumlah bekalan tenaga elektrik di rumah. Jadi belilah peti sejuk berdasarkan keperluan keluarga anda. Lebih besar peti sejuk yang digunakan, lebih besar jumlah perbelanjaan untuk bil elektrik anda.
  2. Mentol kalimantang adalah empat kali  lebih cerah daripada mentol bulat walaupun menggunakan watt yang sama dan tahan sehingga lapan kali lebih lama. Mentol yang kotor perlu dilap untuk mendapatkan kecerahan yang maksimum.
  3. Bersihkan kipas dan pastikan minyak pelincir mencukupi untuk melanjutkan tempoh kipas itu boleh berfungsi.

Thursday, June 30, 2011

Jimatkan tenaga elektrik (2)

Panduan untuk memilih, membeli mahupun menggunakan peralatan elektrik:
  1. Pilih penghawa dingin dengan kuasa yang bersesuaian dengan saiz bilik. Penghawa dingin biasa akan menggunakan 25%-35% daripada tenaga elektrik. Elakkan daripada meletakkan pemampat penghawa dingin di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari.
  2. Uruskan masa dengan bijak apabila menggunakan seterika. Seterika adalah alat yang paling banyak menggunakan tenaga elektrik. Amalkan menggosok baju untuk seminggu sekaligus agar penggunaan seterika dapat dikurangkan.
  3. Pilih mentol yang bersesuaian (pada tempat yang ingin diterangkan). Jika boleh letakkan lampu disudut bilik. Ini akan lebih berkesan kerana lampu tersebut akan bertindak balas di kedua-dua sudut dinding.

Saturday, June 25, 2011

Jimatkan tenaga elektrik

Peralatan elektrik di rumah merupakan salah satu daripada penyumbang utama kepada pembaziran tenaga yang turut mempercepatkan pemanasan global. Keperihatinan kita ketika memilih, membeli atau menggunakan alat elektrik ini dapat menjimatkan tenaga dan wang serta memberi faedah yang besar kepada alam sekitar kita. 
Cuba panduan ini semasa membeli mahupun memilih ataupun menggunakan peralatan elektrik rumah anda:
1. Bersihkan dan periksa penapis alat hawa dingin rumah anda sekurang-kurangnya sebulan sekali. Talian kipas dan keseluruhan penghawa dingin harus diperiksa untuk memperbetulkan sebarang kerosakan mahupun sekadar untuk tujuan penyelenggaraan. Dengan cara ini, prestasi penghawa dingin anda dapat ditingkatkan. Namun begitu serahkan tugas ini kepada juruteknik yang pakar dalam melakukan perkara-perkara ini.
2. Kurangkan penggunaan penghawa dingin dengan menanam banyak pokok yang dapat memberikan teduh dan buka tingkap untuk membolehkan aliran udara keluar masuk.

Thursday, June 23, 2011

Menyimpan rekod perbelanjaan anda (2)

Terdapat banyak cara untuk merekodkan perbelanjaan anda. Anda boleh gunakan sama ada buku nota kecil, perisian komputer seperti Excel dan telefon bimbit. Yang penting sekali anda mesti konsisten dalam merekodkan segala perbelanjaan anda. Cuba sedaya upaya pada setiap hari untuk memastikan anda merekodkan perbelanjaan anda pada hari itu dan kaji perbelanjaan pada hari tersebut.

Seterusnya perkara yang paling penting ialah pada hujung bulan anda harus menganalisis rekod perbelanjaan anda itu. Lihat sama ada anda telah berbelanja mengikut jadual belanjawan yang telah anda tetapkan, lihat juga dimana anda telah berbelanja lebih, dan jika ya, anda telah berbelanja lebih apa yang perlu anda lakukan untuk mengawal perbelanjaan tersebut pada masa akan datang.

Dengan membuat penyesuaian dalam perbelanjaan anda, anda dapat mendisiplinkan diri untuk mengikut belanjawan dan mencapai matlamat kewangan anda. Mungkin ia bukan sesuatu yang mudah namun manfaat daripada usaha ini jauh akan dapat membantu anda mengatasi sebarang kesusahan yang anda hadapi dalam mengawal perbelanjaan anda.

Friday, June 17, 2011

Menyimpan rekod perbelanjaan anda

Dalam menyimpan rekod perbelanjaan anda, anda seharusnya mengkategorikan perbelanjaan anda. Anda boleh kategorikannya kepada 2 iaitu kategori perbelanjaan boleh ubah dan perbelanjaan tetap. Selepas itu kategorikan kepada mesti dan tidak mesti. Contohnya:
  • Perbelanjaan tetap dan mesti - sewa rumah, bayaran ansuran kereta, wang bulanan ibu bapa.
  • Tetap tetapi tidak mesti - yuran kelab golf.
  • Boleh ubah tetapi mesti - makan, minum bil-bil dan petrol kereta.
  • Boleh ubah dan tidak mesti - makan di tempat-tempat eksklusif bersama rakan dan hiburan.
Seterusnya anda harus memulakan satu diari harian. Setiap kali anda berbelanja, anda harus merekodkan:
  • Jumlah yang dibayar
  • Barangan yang dibeli
  • Tarikh pembelian
Lebih elok jika anda dapat simpan resit pembelian setiap barangan agar anda boleh membuat perancangan untuk perbelanjaan anda yang akan datang.

    Thursday, June 9, 2011

    Langkah-langkah ke arah perancangan kewangan (2)

    1. Membuat satu perancangan kewangan - seterusnya anda perlu membuat satu perancangan kewangan yang sesuai untuk keadaan kewangan dan matlamat kewangan anda. Perancangan tersebut hendaklah; mengikut kemampuan pendapatan bulanan anda, tidak mengganggu wang simpanan anda dan menyimpan untuk tabungan kecemasan.
    2. Melaksanakan perancangan kewangan anda - anda perlu mengikut budget yang telah anda sendiri tetapkan  untuk mencapai matlamat kewangan anda. Bila anda menangguhkan untuk mengikut budget yang anda sendiri telah tetapkan, ini bermakna anda sendiri akan melambatkan proses untuk mencapai matlamat kewangan anda.
    3. Memantau dan menilai perancangan kewangan anda - mengamalkan satu perancangan kewangan yang baik dengan sentiasa menyemak keadaan kewangan dan nilai bersih harta anda. Anda mungkin perlu mengubah perancangan anda dengan perubahan dalam hidup anda atau perubahan semasa.

    Monday, June 6, 2011

    Langkah-langkah ke arah perancangan kewangan

    Untuk memudahkan anda merancang kewangan anda, disini terdapat 5 langkah yang boleh digunakan, iaitu:
    1. Memahami keadaan kewangan semasa anda - anda perlu untuk memahami keadaan kewangan anda dengan mengambil kira semua aset dan tanggungan yang anda miliki. Aset bermaksud apa yang anda miliki seperti wang tunai dan wang simpanan manakala tanggungan ialah apa yang anda berhutang sama ada jenis hutang kad kredit ataupun pinjaman. Dengan mengambil kira semua aset dan tanggungan yang anda miliki dapat membolehkan anda untuk melihat sama ada anda berhutang atau tidak.
    2. Menetapkan satu matlamat kewangan anda - di pelbagai peringkat dalam kehidupan anda, terdapat pelbagai keutamaan, tanggungjawab dan tujuan kewangan yang berlainan. Setiap peringkat kehidupan anda mempunyai peluang melabur dan cabaran yang berbeza. Semasa peringkat kehidupan anda berubah, begitu juga dengan keperluan dan tujuan anda. Perancangan kewangan membolehkan anda bersedia untuk mencapai kejayaan dalam matlamat tersebut.

    Friday, June 3, 2011

    Ciri-ciri kedudukan kewangan yang sihat (3)

    1. Keupayaan untuk hidup sepenuhnya termasuk rekreasi, aktiviti keluarga dan percutian. Kehidupan akan terus berlalu sama ada anda ada mempunyai perancangan ataupun tidak. Ini bermakna anda perlu sentiasa beringat dalam menjalani kehidupan anda pada masa sekarang dan beringat-ingat untuk masa akan datang. Individu yang mempunyai kedudukan kewangan yang sihat dapat mengimbangi kewangannya pada masa kini dan seterusnya pada masa akan datang. Ada pendapat mengatakan yang setiap keluarga harus pergi bercuti setiap tahun sedangkan ini sepatutnya bergantung kepada kedudukan kewangan mereka sama ada sihat atau tidak.
    2. Keupayaan untuk membuat bayaran tunai untuk barangan runcit. Setiap hari anda mengeluarkan wang untuk perbelanjaan seharian anda. Ini bermaksud penting untuk anda mempunyai kedudukan kewangan yang sihat agar anda boleh membayar secara tunai barangan yang anda beli. Anda mungkin membayar barangan runcit dan barangan keperluan anda dengan kad kredit, jadi pastikan anda membayar penuh pada  setiap bulan. Jika tidak kadar faedah yang bakal dikenakan ke atas tunggakan baki kad kredit anda akan meningkat dan seterusnya meningkatkan jumlah perbelanjaan anda.
    3. Keupayaan untuk bertahan ketika menghadapi kecemasan. Kebanyakan kegawatan kewangan bersifat sementara. Keluarga yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh sepatutnya mempunyai persediaan sekurang-kurangnya enam bulan perbelanjaan mereka daripada 'dana kecemasan'. Dibuang kerja, hilang pekerjaan atau diturunkan pangkat adalah sesuatu yang diluar jangkaan namun ia tidak sepatutnya boleh mengugat kehidupan anda.

    Saturday, May 21, 2011

    Langkah untuk menghadapi kegawatan ekonomi (3)

    • Jangan bertukar kerja. Syarikat yang menghadapi masalah kewangan semasa kegawatan akan mengurangkan bilangan kakitangannya dan selalunya yang mula-mula akan diberhentikan kerja ialah kakitangan yang baru.
    • Pelajari kemahiran dan pengetahuan baru. Kita perlu berusaha untuk mempelajari sesuatu ilmu atau kemahiran yang baru agar kita tidak mudah tertipu dan dapat membuat pilihan yang tepat dan bijak. Contohnya seperti mengetahui kaedah membuat perbandingan harga ketika membeli belah, membeli barang secara tunai berbanding kad kredit, tidak membawa anak-anak bersama ketika membeli belah, menggunakan pengangkutan awam dengan lebih kerap, membuat senarai barang dan memastikan ianya diikuti dan tidak menyeleweng darinya ketika berbelanja.

    Thursday, May 19, 2011

    Langkah untuk menghadapi kegawatan ekonomi (2)

    • Simpan sebahagian daripada gaji bulanan anda untuk tujuan kecemasan. Buat semakan di beberapa buah bank yang dapat memberikan kadar faedah yang lebih tinggi atau perbankan Islam yang menawarkan keuntungan mudharabah yang tinggi.
    • Kurangkan bayaran pinjaman perumahan. Biasanya apabila kegawatan ekonomi berlaku, kadar faedah bank akan dikurangkan jadi gunakan kesempatan ini untuk mengurangkan bayaran pinjaman perumahan atau kenderaan.
    • Panjangkan tempoh pembayaran bulanan. Namun jangan sesekali menghentikan pembayaran bulanan anda kerana ini akan menyebabkan tunggakan dan seterusnya kadar faedah juga akan dikenakan.

    Saturday, May 14, 2011

    Langkah untuk menghadapi kegawatan ekonomi

    Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu pada masa kini, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Untuk mereka yang bekerja, kegawatan ekonomi banyak memberikan kesan kepada mereka seperti hilang pekerjaan, gaji dipotong, pengurangan elaun dan sebagainya. Disini ingin dikongsikan beberapa langkah dalam menghadapi kegawatan ekonomi agar dapat mengurangkan kesannya terutama dari segi kewangan.
    • Kurangkan hutang. Bayar sekaligus hutang kad kredit atau mengurangkan bayaran pinjaman. Pastikan anda membayar pada kadar faedah yang paling rendah untuk pinjaman sedia ada.
    • Kurangkan perbelanjaan. Jadikannya sebagai satu keutamaan. Pertimbangkan rancangan percutian anda keluar negara atau pembelian televisyen skrin rata yang mungkin boleh ditangguhkan pada tahun akan datang. Lakukan sedikit pengorbanan untuk tahun ini dan hidup dengan perbelanjaan yang telah anda rancangkan.
    • Kurangkan bil. Pastikan anda menggunakan secermat yang mungkin elektrik, telefon dan air. Ini dapat membantu mengurangkan bayaran bil bagi kegunaan utiliti ini.

    Monday, May 9, 2011

    Ciri-ciri kedudukan kewangan yang sihat (2)

    1. Kebolehan untuk hidup tanpa bergantung kepada hutang pengguna. Hampir semua rakyat Malaysia mempunyai hutang pengguna dimana kebanyakkan pengguna mempunyai kad kredit (bukan sahaja ada satu kad malah ada yang lebih beberapa kad) dan sesetengah pula menanggung hutang yang tertunggak dari satu bulan ke satu bulan yang lain. Untuk pengetahuan anda kereta yang dibeli melalui sewa beli juga adalah sejenis hutang. Hutang pengguna boleh didefinisikan sebagai proses meminjam wang untuk sesuatu yang nilainya akan berkurangan selepas membelinya. Contohnya golongan muda yang baru bekerja akan menggunakan kemudahan hutang pengguna untuk membeli peralatan rumah yang baru atau kereta. Terdapat juga golongan pekerja yang bergantung kepada hutang untuk menyara hidup sehingga akhir bulan kerana masalah kewangan.
    2. Keupayaan untuk memberi pelajaran yang dapat menjamin masa depan anak-anak. Anak-anak memerlukan persediaan untuk mendapat pekerjaan yang dapat menjamin masa depan mereka. Ini bermakna anda perlu melabur dengan memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak anda agar ia dapat memberi pulangan yang baik pada masa hadapan. Graduan lulusan universiti boleh menjana pendapatan lebih daripada dua kali ganda pendapatan seumur hidup seorang lepasan SPM dan empat kali ganda pendapatan seumur hidup bagi mereka yang berhenti sekolah tanpa mempunyai sebarang kelulusan. Sebaik-baiknya anda telah menyediakan dana apabila diperlukan kelak. Anda patut memilih jalan yang boleh membawa kepada kehidupan yang lebih baik.

      Thursday, May 5, 2011

      Ciri-ciri kedudukan kewangan yang sihat

      Bagaimana caranya untuk anda mengetahui sama ada anda mempunyai kewangan yang sihat? Berikut merupakan panduan yang boleh anda gunakan untuk mengetahui ciri-ciri kewangan yang sihat:-
      1. Keupayaan memilikki rumah bebas hutang sebelum bersara. Pada hari ini dengan membayar 10% sebagai wang pendahuluan anda sudah boleh memiliki rumah idaman anda. Bayaran ansuran bulanan sepatutnya sudah habis dibayar sebelum bersara. Namun kini ada sesetengah institusi kewangan memanjangkan tempoh pembayaran sehingga sehingga anda berumur 75 tahun. Kemudahan ini membantu dalam mengurangkan bayaran ansuran bulanan namun ini mungkin bermakna anda tidak boleh bersara sehinggalah anda berumur 75 tahun!
      2. Keupayaan untuk menikmati persaraan yang terjamin dan dihormati. Kajian menunjukkan kurang daripada 5% individu mempunyai kebebasan kewangan semasa bersara. Sebahagian besarnya akan mengalami keadaan kewangan yang mengecewakan. Oleh itu amalkanlah menabung duit sebanyak yang boleh ketika anda masih menjana pendapatan  bak kata pepatah 'bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian'.

      Tuesday, May 3, 2011

      Langkah bijak membeli telefon bimbit terpakai

      Telefon bimbit pada zaman sekarang ni merupakan satu kemestian dan rasanya memang payah nak dicari orang yang takde telefon bimbit ni. Ada juga sesetengah orang yang ingin memakai telefon bimbit yang canggih manggih tetapi tak berkeupayaan untuk membelinya dek kerana harganya yang mahal dan anda merasakan duit yang lebih tu lebih baik disimpan untuk kegunaan di masa hadapan. Jadi kepada sesiapa yang memasang niat untuk membeli telefon bimbit terpakai boleh le menggunakan tips-tips ini:
      1. Periksa nombor siri yang ada pada handphone.
      2. Pastikan pembelian lengkap dengan surat-surat pembelian untuk memastikan anda tidak tertipu dan tidak terbeli barangan curi.
      3. Pastikan fungsi speakernya juga masih berfungsi
      4. Cuba buat panggilan untuk memastikan sama ada baterinya masih dalam keadaan baik atau tidak. 
      5. Charge telefon tersebut dan jika baterinya cepat penuh ia bermakna telefon tersebut telah rosak.
      6. Periksa bateri sama ada palsu atau asli.
      7. Periksa keadaan keypad, on-off menu seperti sms, voice call, ringtone kamera, radio dan yang sewaktu dengannya.
      8. Jika terdapat kerosakan atau kekurangan pada telefon itu anda masih boleh membuat tawaran untuk mengurangkan harga.

      Sunday, May 1, 2011

      Petua poket sentiasa berisi

      1. Jangan berbelanja tanpa membawa senarai barang yang hendak dibeli.
      2. Kurangkan aktiviti 'windows shopping'
      3. Kad kredit tinggalkan dirumah dan bawa wang secukupnya ketika berbelanja.
      4. Tahan diri dari godaan SALE
      5. Fikirkan adakah barang yang anda hendak beli benar-benar diperlukan atau tidak.
      6. Cubalah ber'diet' kewangan setiap bulan.
      7. Jadikan satu hari dalam sebulan hari tidak berbelanja, luangkan masa anda di rumah.
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...