Kehidupan sebagai seorang pelajar kolej/universiti sememangnya menyeronokkan. Kehidupan yang menyeronokkan ini takkan bermakna sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk menguruskan kewangan dengan lebih efektif. Yelah, bila nak pergi enjoy, mesti kena ada duit betul tak? Disini ada sedikit tips yang ingin saya kongsikan:
- Hidup seperti seorang pelajar kolej. Ingat yang anda ni seorang pelajar kolej, masih belum ada pendapatan tetap lagi, jadi jangan hidup seperti seorang eksekutif yang mempunyai pendapatan 4 angka sebulan atau anda boleh,
- Mencari pekerjaan sampingan. Pekerjaan sampingan boleh membantu anda menyimpan duit khas untuk waktu kecemasan, atau untuk membeli buku, atau untuk sesekali bershopping. Jadi takdelah terlalu berharap sangat dari ibu dan ayah.
- Buat jadual belanjawan. Jadual belanjawan boleh membantu dalam menguruskan kewangan harian dengan baik.
- Belajar memasak. Bagi pelajar kolej yang menyewa bersama rakan-rakan, cuba amalkan memasak di rumah. Bukan sahaja terjamin kebersihannya malah dapat mengurangkan kos makan di luar. Jadi pada yang tidak pandai memasak, belajar-belajarlah memasak.
No comments:
Post a Comment