- Amalkan tabiat menyimpan/menabung-jangan ingat masa sekolah je kena simpan duit untuk masuk U, dah masuk U pun kena simpan juga duit, ni untuk masa depan pula. Bagi yang bekerja sambilan, amalkan untuk mengasingkan sedikit duit gaji anda, walaupun RM10 sebulan. Menyimpan RM10 sebulan lebih elok daripada tunggu dah lepas kerja baru nak menyimpan.
- Bila dah bekerja, mesti dah ada benda yang nak dibeli. Maklumlah dah bekerja. Tapi awas bila nak membeli. Bezakan antara kehendak dan keperluan. Penting atau tidak benda yang anda ingin beli tu. Kalau setakat untuk hiburan, baik batalkan niat tu. Simpan duit tu untuk waktu memerlukan nanti.
- Gunakan kad kredit dengan bijak. Pada yang menggunakan kad kredit, pastikan penggunaan tidak melebihi had dan bayar hutang tepat pada masanya. Penggunaan kad kredit bukan bermakna anda bebas berbelanja semahu-mahunya, ia cuma satu medium yang memudahkan anda dalam membuat urusniaga harian. Jadi pada yang memakai kad kredit, pastikan anda menggunakan ianya dengan baik.
Monday, April 11, 2011
Tips pengurusan kewangan untuk pelajar kolej (2)
Sedikit lagi tips yang ingin saya kongsikan dengan anda semua tentang pengurusan kewangan sebagai seorang pelajar kolej.
No comments:
Post a Comment